Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidur Rasul 1429H

Salam Maulidur Rasul!

Pernah tak kita bertanya pada diri kita sendiri, dalam satu hari berapa banyak kali kita ingat pada Rasullullah? Berapa banyak kali kita selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W setiap kali kita terdengar namanya disebut? Ketika kita sedang sibuk dengan kehidupan seharian, ada tak terselit ingatan pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W? Jangan nak kata Rasullullah, agaknya bila dah sibuk Allah S.W.T pun kita tak teringat langsung walaupun sekejap. Itulah manusia, sentiasa lalai dan lupa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sempena Maulidur Rasul, TV3 banyak menayangkan drama-drama yang berunsur agama. Dan tadi dapat tengok satu drama yang boleh dikatakan dapat menginsafkan.

MENCARI ARAH KIBLAT. Berkisahkan seorang lelaki yang sesat dalam kehidupannya. Alvin (Mcm nama chipmunk kan? Hihi...), seorang Cina. Ok, si Alvin ni adalah seorang yang suka pegi disco, kaki perempuan, kaki arak dan kaki-kaki yang sewaktu dengannya. Suatu hari, ketika dia dan kawannya, Jo, tengah lepak kat satu kedai kopi ada satu orang buta mintak sedekah. Peminta sedekah tu approach kat Alvin ni dengan memberi salam jadi si Alvin tu tercengang lah sebab tak tau nak jawab apa dan si kawan dia, Jo, pun bukan nak jawab walaupun "seorang Islam".

Jadi Alvin pun berilah sedikit duit dan sebagai balasan Alvin dapat some sort of some note with ayat yang bertulis "Bismillahirrahmanirrahim" dalam tulisan Arab dan Alvin sekadar simpan kat dalam wallet dia. Tapi sekeping nota kecil tu lah yang merubah kehidupan dia.

Dan satu kejadian yang memang realiti lah dalam kehidupan kita sekarang nih, I wanna share with you all. Sebelum peminta sedekah tu datang, bunyi azan kedengaran, so dia tanya pada Jo,"Jo, kau tak sembahyang ke? Sembahyang tu kan penting." Dan nak tau apa kawan dia cakap? "Memang lah penting, bahkan wajib! Tapi lain orang lain-lain lah. Semua ada kubur masing-masing!" Dan ini kadang memang terjadi kat kehidupan kita kan? Betul tak?

Sejak tu, Alvin seperti tidak berminat dengan disco. Lagi-lagi lepas bertemu dengan seorang gadis, Azura. This is where it all begin. Alvin mula beli buku-buku yang ada kaitan dengan Islam. Belajar dari buku-buku tu. Dan cara dia nak mintak si Azura ni ajar dia, very cute sey! Dia cakap,"boleh tak kalau kita jadi lebih dari kawan?" dan si Azura ni pulak ragu-ragu dengan Alvin sebab dia pernah nampak satu perempuan serang Alvin and it happened right in front of her. Azura jawab,"Alvin jangan ingat saya sama seperti perempuan-perempuan lain yang boleh dibawa ke hulu ke hilir." And that's when Alvin tunjuk kat Azura paper kecil tu. Baru lah si Azura ni mula faham sedikit demi sedikit.

Dan satu part yang aku suka, bila dorang keluar berdua, while on the way, dah masuk waktu Asar. Alvin berhentikan kereta dia kat depan masjid,"dah masuk waktu, tak baik lewatkan solat."

Oh mama mia... Aku boleh jatuh cinta ni dengan orang gini. Sape tak oi! Orang yang belum memeluk Islam tapi dah mempelajarinya macam very understanding and from there we can see how serious that person in converting into Islam! Agaknya memang betullah dan tak melebih kalau aku cakap, seorang saudara baru lebih kuat imannya dan berkobar-kobar untuk mempelajari Islam daripada orang yang memang dilahirkan dalam keluarga Islam.

Dan untuk lebih mendalami Islam, Alvin ikut Azura balik kampung. Kat situ, Alvin boleh mempelajari tentang Islam dari bapa Azura. Aku suka cerita ni sebab apa soalan tentang Islam dijawab dengan creative.

~>Macam mane kita tahu Allah S.W.T tu ade bila kita tak boleh nampak Dia?

Nak tahu jawapannya? Stay tuned and wait for my next entry... Tungguuuuuu~

p/s: Oh! I wanna promote this book! Boleh dibaca oleh kaum Adam dan Hawa kat luar sana! You can learn about Love and Islam from this book but in a more santai way... I just love the couple in this novel. At first, I borrowed the novel from library when I read and see how beautiful it is I bought one for myself.

signing off @ 19:44:32

No comments: